Wednesday, December 26, 2018

Adat kematian agama hindu








Kematian merupakan bagian yang tidak terlepas dari kehidupan manusia. Kematian merupakan fakta hidup yang harus diterima oleh semua makhluk yang bernyawa di dunia ini, termasuk manusia. Kematian merupakan sesuatu yang tidak dapat diperkirakan waktu terjadinya. Sehingga kematian tidak hanya dialami oleh kaum yang berusia lanjut, tetapi juga dapat dialami oleh orang-orang yang masih muda, usia remaja, atau bahkan masih bayi. Penyebab kematian pun juga dapat bermacam-macam, ada yang meninggal dikarenakan sakit, usia lanjut, kecelakaan, dan sebagainya. Jika peristiwa kematian terjadi, maka hal tersebut tentu saja tidak hanya melibatkan dirinya sendiri, namun juga melibatkan orang-orang yang ditinggalkan. Kematian dapat menimbulkan penderitaan bagi orang-orang yang mencintai orang yang meninggal tersebut. Kematian orang-orang terdekat merupakan kehilangan paling menyakitkan yang dapat dialami oleh seseorang. Ketika orang yang dicintai meninggal dunia, individu dapat merasa seolah-olah kehilangan bagian dari dirinya. Kehilangan sesorang yang dekat dan dicintai karena kematian merupakan suatu peristiwa yang tidak dapat dibandingkan dengan peristiwa-peristiwa lain bagi seseorang yang ditinggalkan, kerana hal tersebut tidak hanya pada orang itu saja, tetapi juga pada orang di sekitarnya.
Setiap orang yang meninggal disertai dengan adanya orang lain yang ditinggalkan, untuk setiap orang tua yang meninggal akan ada anak-anak yang ditinggalkan. Kematian dari seseorang yang dikenal dekat dan sangat dicintai, akan sangat berpengaruh terhadap kehidupan selanjutnya pada orang yang ditinggalkan. Begitu juga yang terjadi apabila salah satu orang tua yang meninggal, tentu akan sangat berpengaruh pada kehidupan anak yang ditinggalkan selanjutnya. Apatah lagi jika orang tersebut dekat, orang yang dikasihi, maka akan ada masa dimana orang yang ditinggalkan akan meratapi kepergian mereka dan merasa kesedihan yang mendalam. Selain itu dapat juga menimbulkan perasaan kehilangan, tidak bahagia, dan kurang dapat menjalani kehidupan dengan baik. Sosok orang tua merupakan orang yang paling dekat dengan anak, hangatnya sebuah keluarga akan membuat kedekatan yang terjalin antara anak dan orang tua, dan kedekatan itu akan membuat anak menjadi merasa aman dan nyaman, ketika seorang remaja dihadapkan pada suatu peristiwa yang tidak diinginkan dalam hidupnya pasti akan merasa berat untuk menerima kenyataan. Seperti pada peristiwa kematian yang dapat memisahkan hubungan antara orang tua dan anak. Tentu saja peristiwa tersebut bukanlah hal yang mudah untuk diterima oleh sesiapa. Peristiwa kematian akan membuat seorang anak yang mengalami menjadi shock dan merasa terpukul, juga merasa kehilangan seseorang yang dinilai sangat berarti bagi dirinya. Kejadian kematian akan memberikan kesan terhadap individu. Reaksi seseorang sangat dipengaruhi melalui cara terjadinya kematian tersebut.






Pengenalan

Agama Hindu percaya bahawa penjelmaan dan kematian adalah sebagai pandangan jiwa beralih daripada satu badan ke satu laluan untuk mencapai Nirwana, iaitu syurga. Kematian adalah satu peristiwa yang menyedihkan. Manakala sami-sami Hindu menekankan pengebumian adalah satu penghormatan dan tanda peringatan kepada si mati.

Masyarakat Hindu membakar mayat mereka, percaya bahawa pembakaran satu mayat menandakan pembebasan semangat dan api adalah mewakili shiva, iaitu dewa pemusnah. Ahli-ahli keluarga akan berdoa di sekeliling badan secepat mungkin selepas kematian. Orang akan cuba mengelak daripada menyentuh mayat. Hal ini, kerana ia adalah dianggap sebagai lambang memalukan si mayat tersebut. Mayat biasanya dimandikan dan dipakaikan dengan pakaian putih, adalah salah satu pakaian tradisional orang India. Jika si isteri mati sebelum suaminya, dia dipakaikan pakaian pengantin. Manakala seorang janda akan dipakaikan sari yang berwarna putih atau berwarna pucat. Badan dihiasi dengan cendana, bunga-bunga dan kalungan-kalungan bunga. Selepas itu, Vedas atau Bhagavad Gita ataupun sivapuranam, iaitu Kitab suci Hindu akan dibaca . Orang yang berkabung diketuai olah anak sulung lelaki ataupun anak lelaki bongsu, akan menerangi beberapa umpan api dengan mengelilingi mayat, demi mendoakan pemergian jiwa.





                                                                     KARUMATHI
Selepas pembakaran mayat, keluarga akan dihidangkan dan bersembahyang dalam rumah mereka. Orang yang berkabung akan mandi dengan sepenuhnya sebelum memasuki rumah selepas pengebumian. Seorang sami akan melawat dan melakukan upacara sembahyang untuk si mati pada hari ke 16 sebagai tujuan mententeramkan si mati.

Biasanya, satu kalungan dijemur atau bunga-bunga diletakkan pada gambar si mati adalah menunjukkan tanda penghormatan bagi mengingati mereka. 'Shradh' adalah upacara sembahayang setahun selepas kematian orang. Ini diadakan setahun sekali bagi memperingati mereka. Sami juga berpesan kepada ahli keluarga bahawa pemberian makanan kepada masyarakat miskin adalah satu tanda ingatan kepada si mati.



                                                          kamachi vilakku


Kematian
·         Semasa Kematian  sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu.
·         Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci ammanvilakku dipasang dinyalakan.
·         Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati.
·         Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati
·         Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang.
·         Sepanjang mayat berada di dalam rumah,si mati perlu dijaga dengan sebaiknya.
·         Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan,ibu jari tangan dan kaki diikat dengankain putih dan diletakkan ke dada
·         Mata dan mulut mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi
·         Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan kedalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas
·         Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau.
·         Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu.
·         Lagu-lagu suci dinyanyikan serta dimainkan sehingga ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa tenang dan aman
·         Mayat akan dimandikan terlebih dahuludan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah.
·         Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil.
·         Sebelum dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir.
·         Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat.
·         Belakang tapak tangan digunakan untuk menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan sebagaimana lazimnya.
·         Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur.
·         Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki.






Ø  Kollic Catti
·         periuk tanah liat yang mengandungi api
·         Periuk tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga dibahagian hujung dan diikat pada periuk
·         Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu
·         Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut
·         Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh
·         Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai menggantikan rambut. Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-bahan seperti padi goreng, biji sawi dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut di tabur dan setiap bahan-bahan tadi mempunyai perlambangan yang tersendiri.


Pengebumian
·         

  • ·         Keranda akan digerakkan beberapa kali sebelum menghampiri liang lahad
  • ·         Pergerakan dimulakan dengan mengubah bahagian kaki ke kubur dan kemudian bahagian kepala. Ini adalah seperti pergerakan bayi yang berada di dalam kandungan.
  • ·         Kemudian keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi mayat yang dikebumikan atau diletakkan dia atas kayu api untuk dibakar
  • ·         Duit syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat, lalu diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda keizinan mayat dikebumikan. Setelah itu upacara semabhyang dilakukan oleh semua yang berada disitu.
  • ·         Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali menurut arah jam
  • ·         Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti dengan menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali
  • ·         Pada pusingan ketiga, pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat
  • ·         Kemudian tiga batang kayu yang menyala dibakar dan disusun ke tanah satu persatu.Upacara ini dilakukan untuk mengurangkan kesedihan keluarga si mati



                                                                       Thaali

Upacara Menanggalkan Thaali

Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia. Dalam upacara tersebut, si isteri hendaklah duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si mati. seterusnya seorang wanita yang sudah berusia dan mempunyai hubungan kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil mengalungkan kalungan bunga ke leher balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. Balu tersebut dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain. Ini dilakukan seolah-olah menunjukkan si suami membuangkan thaali dari leher balu. Thaali itu seterusnya akan dimasukkan ke dalam dulang dan disimpan dalam rumah.



Pantang larang kematian
a) Tetamu yang datang ketika berlaku kematian perlu memakai pakaian berwarna putih atau cerah.
b) Semua perhiasan dalam rumah akan ditutup dengan kain putih ketika berlaku kematian.
c) Dalam masa setahun selepas berlaku satu-satunya kematian ahli keluarga tidak boleh meraihkan sebarang sambutan dan majlis. Ahli keluarga juga tidak boleh mengadakan sebarang keraihan serta tidak boleh bersembahyang secara "special" di kuil atau di rumah





No comments:

Post a Comment

Adat kematian agama hindu

Kematian merupakan bagian yang tidak terlepas dari kehidupan manusia. Kematian merupakan fakta hidup yang harus diterima ole...